Thursday, July 9, 2009

edited from, cinta pertama

aku merasakan ada yang hilang tanpa tahu
apa yang sudah aku ketemukan.
aku merasakan menemukan,
tanpa tahu apa yang kucari.
Dan aku seperti masih mencari tanpa tahu
apa yang sudah hilang!

Manusia memiliki mimpi,
ada yang menegejar dan mewujudkannya,
ada yang mundur dan membuangnya,
ada pula yang diam dan hanya menyimpannya sepanjang sisa hidupnya.

~dan aku masih keliru,
mahu menjadi manusia yang mana satu?

Monday, June 22, 2009

cuti....nak buat ape eh...


Assalamualaikum semua..

For the first time nak tulis blog ni..huhu..
saya bukan laa seorang yang berpengalaman untuk menulis blog2 ni..tp ape-ape pon nak try tulis jugak laaa....harap sume org faham laa kalau ape yg cuba di share ni terlalu simple...

Sekarang tgh cuti lepas exam...series rs mcm tak tahu nak buat ape..walaupon sebelum exam hari tu bermacam2 aktiviti yg telah di rancang...tp betul laaa...kite hanya merancang tuhan yg menentukan..ape yg dirancang tu kdg2 tak buat pon...

Sekarang terasa betapa penting nye matlamat dalam hidup ni...
bile kite bangun tido takde matlamat hidup and tak tahu nak buat ape..
kite rase mcm kosong je hidup kite ni...
terdetik di hati betul ke matlamat hidup aku sebelum ni....
kalau sebelum exam bangun2 pagi je dah ada tujuan and plan nak buat ape..study,study and study...tp betul ke tu matlamat hidup yg aku cari2....

Bile dah hbs exam...mule laaa dah tak tahu nak buat ape...mungkin selama ni matlamat hidupku ini bukan yang ruhi aku inginkan....aku perlu cari matlamat hidupku yang sebenar...yang mampu memberi aku sinar harapan pada hari2 yang mendatang...supaya hidup ku dipenuhi cahaya dan keredhaan dr Ilahi....

Bile dah terasa lapang ni teringat plak lagu raihan demi masa tu..terngiang2 kat cuping telinga ni...ingat 5 perkara sebelum 5 perkara....
  • sihat sebelum sakit
  • muda sebelum tua
  • kaya sebelum miskin
  • lapang sebelum sempit
  • hidup sebelum mati
nikmat yang selalu kite lupekan...sihat dan lapang...betul ke ni...rasenye dah betul ape yang kak hani bgtahu hari tu...ke salah..maaf laaa kalau tersalah...=)
tp apa2 pon semua nikmat2 tu bile dah ditarik balik oleh Allah baru kite terasa betapa besar nilainya....

Matlamat hidup yang utama mencari keredhaan Allah..
tp apakah aku dah betul2 mempraktikkannya ?
soalan yang aku sendiri pon sedang mencari jawapannya.......


'Aku adalah ujian untuk orang lain dan mereka adalah ujian untuk diriku....'

Saturday, May 30, 2009

III EXAM MODE! III


If spring follows
winter,
if a rainbow follows
the storm,
if morning follows
the night,
then happiness must
follow sorrow.

Don't lose hope.
Things will get better!

(yang bawah ni copy paste dari email yang di forwardkan oleh ummu naufal last year..rasenye sumer dh tau..sekadar untuk mengingatkan di kala diri tercari2 kata2 untuk mengisi jiwa yang dh letih dan penat) \\(^.^)//


KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA SEDIH,KECEWA?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)


~~~wish u all the best in this coming exam..same2 kita doakan kejayaan untuk semua..dan semoga dipermudahkan segala urusan olehNYA..ammiiinnn~~~

Sunday, May 10, 2009

III dia...insan yang kucintai III


Ma..hari ini 10 May 2009
semua warga di seluruh dunia menyambut hari ibu
selamat hari ibu,ma..
anakmu ini sangat sayang padamu walaupun amat jarang sekali perkataan itu terluah daripada mulutku ini
anakmu ini bukanlah seorang yang pandai berkata2
dia hanyalah seorang insan yang hanya tahu menterjemahkan rasa sayang pada ibunya melalui perbuatan...
"action speaks louder than words" kan??
namun,
jauh di sudut hatinya,
anakmu ini sedar ucapan sayang itu perlu walaupun tidak selalu
kerana..
anakmu ini tidak mahu dan tidak akan sesekali
membiarkan kehilangan menggantikan perasaannya yang tidak terluah
(Ya Allah,berikanlah daku kesempatan untuk membalas jasanya)

hari ini,
genaplah 22 tahun 5 bulan 24 hari anakmu ini menghirup udara di muka bumi ALLAH ini

maafkan anakmu ini,
yang sentiasa nakal dan keras kepala
maafkan anakmu ini,
yang terkadang menyakiti hatimu
maafkan anakmu ini,
yang kebiasaannya melampaui batas sebagai seorang anak
maafkan anakmu ini,
yang kerapkali membuatkan air matamu jatuh berlinangan
maafkan anakmu ini,
yang kadangkala melawan cakapmu
maafkan anakmu ini,
yang pernah terdetik di hatinya untuk menipumu
maafkan anakmu ini,
yang selalu menangguhkan apa yang kau suruh
maafkan anakmu ini,
yang jarang sekali mengucapkan kata sayang dan rindu padamu
maafkan anakmu ini,
yang telah mengecewakan dan menyusahkanmu
maafkan atas segala sikapku selama ini yang seringkali menghapuskan ukiran senyum di wajahmu...

terima kasih ma
kerana sudi mengandungkan anakmu ini selama 9 bulan 10 hari
terima kasih ma
kerana memberi peluang kepada anakmu ini untuk menghayati keindahan alam ciptaanNYA
terima kasih ma
kerana sanggup berhempas pulas bertarung nyawa semata2 untuk melahirkan seorang lagi khalifahNYA
terima kasih ma
kerana tegar menahan sakit membiarkan kulit perutmu di ratah oleh pisau pembedahan itu hanya untuk menatap wajah anakmu ini
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah mengeluh walau sekali dalam membesarkan anakmu yang sangat degil ini
terima kasih ma
kerana kau begitu sabar melayani kerenah anakmu yang terkadang menguji kesabaranmu itu
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah jijik membersihkan kain lampin anakmu ini
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah putus asa memujukku,memberikan kata2 perangsang kepadaku di saat aku jatuh dan kecewa dengan perjalanan hidupku ini
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah jemu menemaniku di waktu aku sakit
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah mengenal erti lelah menyediakan makan minum anakmu ini
terima kasih ma
kerana kau sentiasa mengingatiku di dalam doamu
terima kasih ma
kasih dan budimu akan ku junjung sehingga mati...

tetapi..
tiba2 aku tersentak
sejenak aku berfikir
akan mengeluhkah aku pabila tiba giliran aku untuk menjagamu nanti?
akan sabarkah aku melayani kerenah orang tua sepertimu nanti?
akan sudikah aku untuk menatapi raut tuamu nanti?
akan tegarkah aku bersusah payah mengangkatmu ke bilik air hanya untuk memastikan kau sentiasa wangi?
akan jijikkah aku pabila aku terpaksa menukarkan lampin dan membersihkan najismu nanti?
akan jemukah aku untuk sentiasa menemanimu di waktu tuamu nanti?
akan letihkah aku untuk menyediakan makan minum dan menyuapkannya ke mulutmu nanti?
akan ingatkah aku untuk sentiasa mendoakanmu setiap kali usai solatku?


Firman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:

Maksudnya: “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.



kadang-kadang kita sebagai anak tidak berniat melukakan hati ibu tetapi dalam kealpaan secara tidak sengaja hatinya kita lukai.............

Thursday, May 7, 2009

stop and stare..!

this is just me, nagging.

stop and stare..seriously. bukan sekadar tajuk lagu, tp utk kita jadikan renungan.
if ur past is coming back seeking for u..what would u do? how would u react?
adakah kita akan berbuat sama seperti dahulu?
atau menjadi lebih baik dalam menangani hal2 begitu kerana kita sudah pernah melaluinya dahulu?
menanganinya dengan lebih matang dan lebih telus dan tegas!

kalau kesilapan dahulu menjelma kembali...apa yg akan saya buat?
apa yg seharusnya saya lakukan? bagaimana saya mahu mencorakkan agenda saya dan agenda dia..yg kadang2 saya sendiri tidak pernah pasti apa agenda saya, dia atau kamu sendiri!


"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. "
once again, this is just me...nagging.
salam.
~!~

Tuesday, April 28, 2009

Bersyukur

Sedih melihat masih ramai manusia yang susah di luar sana. Kerana telah terbiasa dengan kesenangan yg kita ada, menjadikan kita manusia yg lupa... tiba-tiba diri terdetik, 'adakah ini nikmat kesenangan, atau ujian Allah semata-mata... untuk melihat hamba syukur padaNya'.

'....Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang bersyukur.' (Saba':13)




Video ini diambil dari: http://www.cultureunplugged.com/play/1081/Chicken-a-la-Carte. Jzkk, Ukht Shanana for the link :)

III itu atau ini III


menyayangi, disayangi
menyukai, disukai
mencintai, dicintai
membenci, dibenci
perasaan ini tak boleh dipaksa, tidak boleh disuruh
ia sesuatu yg tidak dirancang
kita tidak memilih untuk disayangi,disukai
kita tidak merancang untuk dicintai
kita tidak meminta untuk dibenci
tetapi...
kita boleh memilih dan meminta
untuk menyayangi,menyukai,mencintai dan membenci

gelap atau cerah
hujan atau panas
sakit atau sihat
hidup atau mati
kiri atau kanan
depan atau belakang
ada yang kita boleh tentukan
ada yang DIA sahaja yang mengetahuinya

bilamana hati tidak dapat menerima realiti
nangis, nangislah semahunya
tapi jangan biarkan hati itu terus rebah
jatuh menyembah bumi
enggan bangkit kembali
memperjuangkan apa yang telah dipertanggungjawabkan
*in life u have to learn to let go & keep on moving*
because...
life is not a fairy tale
we need to start over!

dalam hidup ini
kita seringkali berhadapan dengan pelbagai pilihan
antara dua pilihan
itu atau ini...
kadang-kadang
akal kita tidak tercapai untuk memikirkan
untuk memutuskan
yang mane satu pilihan terbaik
di saat itu, di kala itu
kita kembali kepada YANG SATU

hanya DIA yang tahu apa penghujung cerita kita
namun...
terpulang kepada kita untuk membuat pilihan
samada kita mahu 'menang' atau 'kalah'
itu semua
bergantung kepada diri yang serba naif
akal yang sejengkal menjadi teman
ilmu di dada menjadi panduan
iman yang kukuh menjadi pegangan
al-Quran & as-sunnah menjadi petunjuk
untuk...
memimpin kita membuat pilihan yang terbaik
wallahu'alam...







::"Cukuplah Allah bagi kami; Dia akan memberikan limpah kurniaNya kepada kami, demikian juga dengan Rasulnya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepadaNYA" (9:59)::