Thursday, July 9, 2009

edited from, cinta pertama

aku merasakan ada yang hilang tanpa tahu
apa yang sudah aku ketemukan.
aku merasakan menemukan,
tanpa tahu apa yang kucari.
Dan aku seperti masih mencari tanpa tahu
apa yang sudah hilang!

Manusia memiliki mimpi,
ada yang menegejar dan mewujudkannya,
ada yang mundur dan membuangnya,
ada pula yang diam dan hanya menyimpannya sepanjang sisa hidupnya.

~dan aku masih keliru,
mahu menjadi manusia yang mana satu?

Monday, June 22, 2009

cuti....nak buat ape eh...


Assalamualaikum semua..

For the first time nak tulis blog ni..huhu..
saya bukan laa seorang yang berpengalaman untuk menulis blog2 ni..tp ape-ape pon nak try tulis jugak laaa....harap sume org faham laa kalau ape yg cuba di share ni terlalu simple...

Sekarang tgh cuti lepas exam...series rs mcm tak tahu nak buat ape..walaupon sebelum exam hari tu bermacam2 aktiviti yg telah di rancang...tp betul laaa...kite hanya merancang tuhan yg menentukan..ape yg dirancang tu kdg2 tak buat pon...

Sekarang terasa betapa penting nye matlamat dalam hidup ni...
bile kite bangun tido takde matlamat hidup and tak tahu nak buat ape..
kite rase mcm kosong je hidup kite ni...
terdetik di hati betul ke matlamat hidup aku sebelum ni....
kalau sebelum exam bangun2 pagi je dah ada tujuan and plan nak buat ape..study,study and study...tp betul ke tu matlamat hidup yg aku cari2....

Bile dah hbs exam...mule laaa dah tak tahu nak buat ape...mungkin selama ni matlamat hidupku ini bukan yang ruhi aku inginkan....aku perlu cari matlamat hidupku yang sebenar...yang mampu memberi aku sinar harapan pada hari2 yang mendatang...supaya hidup ku dipenuhi cahaya dan keredhaan dr Ilahi....

Bile dah terasa lapang ni teringat plak lagu raihan demi masa tu..terngiang2 kat cuping telinga ni...ingat 5 perkara sebelum 5 perkara....
  • sihat sebelum sakit
  • muda sebelum tua
  • kaya sebelum miskin
  • lapang sebelum sempit
  • hidup sebelum mati
nikmat yang selalu kite lupekan...sihat dan lapang...betul ke ni...rasenye dah betul ape yang kak hani bgtahu hari tu...ke salah..maaf laaa kalau tersalah...=)
tp apa2 pon semua nikmat2 tu bile dah ditarik balik oleh Allah baru kite terasa betapa besar nilainya....

Matlamat hidup yang utama mencari keredhaan Allah..
tp apakah aku dah betul2 mempraktikkannya ?
soalan yang aku sendiri pon sedang mencari jawapannya.......


'Aku adalah ujian untuk orang lain dan mereka adalah ujian untuk diriku....'

Saturday, May 30, 2009

III EXAM MODE! III


If spring follows
winter,
if a rainbow follows
the storm,
if morning follows
the night,
then happiness must
follow sorrow.

Don't lose hope.
Things will get better!

(yang bawah ni copy paste dari email yang di forwardkan oleh ummu naufal last year..rasenye sumer dh tau..sekadar untuk mengingatkan di kala diri tercari2 kata2 untuk mengisi jiwa yang dh letih dan penat) \\(^.^)//


KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA SEDIH,KECEWA?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)


~~~wish u all the best in this coming exam..same2 kita doakan kejayaan untuk semua..dan semoga dipermudahkan segala urusan olehNYA..ammiiinnn~~~

Sunday, May 10, 2009

III dia...insan yang kucintai III


Ma..hari ini 10 May 2009
semua warga di seluruh dunia menyambut hari ibu
selamat hari ibu,ma..
anakmu ini sangat sayang padamu walaupun amat jarang sekali perkataan itu terluah daripada mulutku ini
anakmu ini bukanlah seorang yang pandai berkata2
dia hanyalah seorang insan yang hanya tahu menterjemahkan rasa sayang pada ibunya melalui perbuatan...
"action speaks louder than words" kan??
namun,
jauh di sudut hatinya,
anakmu ini sedar ucapan sayang itu perlu walaupun tidak selalu
kerana..
anakmu ini tidak mahu dan tidak akan sesekali
membiarkan kehilangan menggantikan perasaannya yang tidak terluah
(Ya Allah,berikanlah daku kesempatan untuk membalas jasanya)

hari ini,
genaplah 22 tahun 5 bulan 24 hari anakmu ini menghirup udara di muka bumi ALLAH ini

maafkan anakmu ini,
yang sentiasa nakal dan keras kepala
maafkan anakmu ini,
yang terkadang menyakiti hatimu
maafkan anakmu ini,
yang kebiasaannya melampaui batas sebagai seorang anak
maafkan anakmu ini,
yang kerapkali membuatkan air matamu jatuh berlinangan
maafkan anakmu ini,
yang kadangkala melawan cakapmu
maafkan anakmu ini,
yang pernah terdetik di hatinya untuk menipumu
maafkan anakmu ini,
yang selalu menangguhkan apa yang kau suruh
maafkan anakmu ini,
yang jarang sekali mengucapkan kata sayang dan rindu padamu
maafkan anakmu ini,
yang telah mengecewakan dan menyusahkanmu
maafkan atas segala sikapku selama ini yang seringkali menghapuskan ukiran senyum di wajahmu...

terima kasih ma
kerana sudi mengandungkan anakmu ini selama 9 bulan 10 hari
terima kasih ma
kerana memberi peluang kepada anakmu ini untuk menghayati keindahan alam ciptaanNYA
terima kasih ma
kerana sanggup berhempas pulas bertarung nyawa semata2 untuk melahirkan seorang lagi khalifahNYA
terima kasih ma
kerana tegar menahan sakit membiarkan kulit perutmu di ratah oleh pisau pembedahan itu hanya untuk menatap wajah anakmu ini
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah mengeluh walau sekali dalam membesarkan anakmu yang sangat degil ini
terima kasih ma
kerana kau begitu sabar melayani kerenah anakmu yang terkadang menguji kesabaranmu itu
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah jijik membersihkan kain lampin anakmu ini
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah putus asa memujukku,memberikan kata2 perangsang kepadaku di saat aku jatuh dan kecewa dengan perjalanan hidupku ini
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah jemu menemaniku di waktu aku sakit
terima kasih ma
kerana kau tidak pernah mengenal erti lelah menyediakan makan minum anakmu ini
terima kasih ma
kerana kau sentiasa mengingatiku di dalam doamu
terima kasih ma
kasih dan budimu akan ku junjung sehingga mati...

tetapi..
tiba2 aku tersentak
sejenak aku berfikir
akan mengeluhkah aku pabila tiba giliran aku untuk menjagamu nanti?
akan sabarkah aku melayani kerenah orang tua sepertimu nanti?
akan sudikah aku untuk menatapi raut tuamu nanti?
akan tegarkah aku bersusah payah mengangkatmu ke bilik air hanya untuk memastikan kau sentiasa wangi?
akan jijikkah aku pabila aku terpaksa menukarkan lampin dan membersihkan najismu nanti?
akan jemukah aku untuk sentiasa menemanimu di waktu tuamu nanti?
akan letihkah aku untuk menyediakan makan minum dan menyuapkannya ke mulutmu nanti?
akan ingatkah aku untuk sentiasa mendoakanmu setiap kali usai solatku?


Firman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:

Maksudnya: “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.



kadang-kadang kita sebagai anak tidak berniat melukakan hati ibu tetapi dalam kealpaan secara tidak sengaja hatinya kita lukai.............

Thursday, May 7, 2009

stop and stare..!

this is just me, nagging.

stop and stare..seriously. bukan sekadar tajuk lagu, tp utk kita jadikan renungan.
if ur past is coming back seeking for u..what would u do? how would u react?
adakah kita akan berbuat sama seperti dahulu?
atau menjadi lebih baik dalam menangani hal2 begitu kerana kita sudah pernah melaluinya dahulu?
menanganinya dengan lebih matang dan lebih telus dan tegas!

kalau kesilapan dahulu menjelma kembali...apa yg akan saya buat?
apa yg seharusnya saya lakukan? bagaimana saya mahu mencorakkan agenda saya dan agenda dia..yg kadang2 saya sendiri tidak pernah pasti apa agenda saya, dia atau kamu sendiri!


"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. "
once again, this is just me...nagging.
salam.
~!~

Tuesday, April 28, 2009

Bersyukur

Sedih melihat masih ramai manusia yang susah di luar sana. Kerana telah terbiasa dengan kesenangan yg kita ada, menjadikan kita manusia yg lupa... tiba-tiba diri terdetik, 'adakah ini nikmat kesenangan, atau ujian Allah semata-mata... untuk melihat hamba syukur padaNya'.

'....Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang bersyukur.' (Saba':13)




Video ini diambil dari: http://www.cultureunplugged.com/play/1081/Chicken-a-la-Carte. Jzkk, Ukht Shanana for the link :)

III itu atau ini III


menyayangi, disayangi
menyukai, disukai
mencintai, dicintai
membenci, dibenci
perasaan ini tak boleh dipaksa, tidak boleh disuruh
ia sesuatu yg tidak dirancang
kita tidak memilih untuk disayangi,disukai
kita tidak merancang untuk dicintai
kita tidak meminta untuk dibenci
tetapi...
kita boleh memilih dan meminta
untuk menyayangi,menyukai,mencintai dan membenci

gelap atau cerah
hujan atau panas
sakit atau sihat
hidup atau mati
kiri atau kanan
depan atau belakang
ada yang kita boleh tentukan
ada yang DIA sahaja yang mengetahuinya

bilamana hati tidak dapat menerima realiti
nangis, nangislah semahunya
tapi jangan biarkan hati itu terus rebah
jatuh menyembah bumi
enggan bangkit kembali
memperjuangkan apa yang telah dipertanggungjawabkan
*in life u have to learn to let go & keep on moving*
because...
life is not a fairy tale
we need to start over!

dalam hidup ini
kita seringkali berhadapan dengan pelbagai pilihan
antara dua pilihan
itu atau ini...
kadang-kadang
akal kita tidak tercapai untuk memikirkan
untuk memutuskan
yang mane satu pilihan terbaik
di saat itu, di kala itu
kita kembali kepada YANG SATU

hanya DIA yang tahu apa penghujung cerita kita
namun...
terpulang kepada kita untuk membuat pilihan
samada kita mahu 'menang' atau 'kalah'
itu semua
bergantung kepada diri yang serba naif
akal yang sejengkal menjadi teman
ilmu di dada menjadi panduan
iman yang kukuh menjadi pegangan
al-Quran & as-sunnah menjadi petunjuk
untuk...
memimpin kita membuat pilihan yang terbaik
wallahu'alam...







::"Cukuplah Allah bagi kami; Dia akan memberikan limpah kurniaNya kepada kami, demikian juga dengan Rasulnya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepadaNYA" (9:59)::


Monday, April 27, 2009

If I only had one more week to live

by Cik Syila

If I only had one more week to live
I wanted to go round the world
and be in different places
in one day.

If I only had one more week to live
I wanted to empty my bank account
and spend the money on jeweleries
clothes, shoes, and etcetera.

If I only had one more week to live
I wanted to eat all food on earth
and go to the best restaurants
ten meals daily.

If I only had one more week to live
I wanted to do things that I had never done;
I would break the rules
I would rob a bank
I would try drugs
I would smoke cigarettes
I would steal a car
I would vandalize billboards
...and the list is endless.

Wait..
What about the Hereafter?
Ohh, I should change my plan.

If I only had one more week to live
I would not go anywhere
I would not eat a thing
I would not spend a pence
I would not see anyone
I would not do anything

Instead,
I would just sit on my sejadah
all day and night
seeking forgiveness from Allah
So I could enter the Heaven.

Hmm....all the things that I've said
Don't they sound quite selfish?
They're all about me!


REALLY...................
What I wanted to do
If I only had one more week to live
I wanted to meet all whom I've loved;
Mom, dad, brothers, sisters, teachers, and friends.
I wanted to give them words of courage
so they wouldn't mourn my departure.
I wanted to console them
and tell them not to cry.
I wanted to wipe tears off their face
and give them a warm hug.
I wanted to hold their hands
and whisper to their ears..
"Don't you worry about me. I'll be fine.
You will be okay after I leave, right..?
Please carry on...and do smile for me" =)

To Allah, I submit myself.
For He is the All-Knower, the All-Wise.

Theory

Sebagai pembuka kata, Cik S ucapkan AHLAN WA SAHLAN kepada semua... ke ruangan di mana ahlul Naufal berkongsi luahan rasa, cetusan pendapat dan pengalaman harian kami. Mungkin ianya bukanlah suatu pengalaman yang luar biasa, tetapi dalam setiap perkara yang kita jalani dalam kehidupan pasti ada hikmah yang tersembunyi.. yang perlu kita fikir, kaji dan renungi.. bak kata Zabrina A.Bakar, "LIFE IS AN OPEN SECRET". Oleh itu, marilah kita sama2 sentiasa muhasabah setiap perkara yang kita lalui... dengan izin Allah moga kita temui rahsia yang terbentang di depan mata :)

Pagi ni Cik S terbangun lambat sikit.. jadi terkalut lah waktu nak pegi lecture kat hospital tu. Alhamdulillah waktu sampai, lecture tak start lagi. yang paling tekejutnya ader 6 orang je yg datang (termasuklah Cik S, Cik D dan Cik M)... tak tau la mana hamba Allah yang lain tu pegi. Kesian jugak tgk Prof V... (ape ntah name die, tak ingat) present slideshow yang berjumlah 121 slides! selama sejam setengah.. Hmm malam tadi telepon mak, mak pesan suruh belajar bersungguh2 ;) Tapi apakan daya, tahap tumpuan pagi ni amatlah pendek, asyik termelayang je waktu presentation tu..

Basically, the presentation was on 'Ecology of Child Health' Macam mana persekitaran boleh memberi pengaruh kepada kesihatan kanak2. banyaklah studies yang dibentangkan... bila Prof V tunjuk a few slides yang ada graph comparing the health outcomes setiap negara, tiba2 Cik S tertarik dgn nama satu 'negara' ni... ISRAEL. Nama tu tak patut ada dalam graph tu.. apatah lagi dalam peta dunia! Mungkin ramai yang dah lupa bahawa tanah tu adalah tanah milik orang-orang Islam... dan nama negara tu ialah PALESTIN, bukannya Israel. Dalam graf tu, tahap kesihatan kanak2 di Palestin sangatlah rendah, jumlah prisoners yang tinggi... secara tak langsung menunjukkan betapa peritnya kehidupan saudara kita di sana, demi mempertahankan tanah suci umat Islam... dan pada masa yang sama, kita di sini masih boleh bergelak ketawa hingga meleleh air mata, makan sampai sebu2 perut, tido pun melebih2 drpd keperluan seorg bayi... Astaghfirullah, betapa alpanya kita... apakah yang telah kita buat hari ini utk membantu mereka? Biarpun untuk ke sana berperang bersama tidak mampu kita lakukan, tapi takkanlah secebis doa kita lokek untuk berikan..?

Dalam dok terberangan fikir pasal Palestin, tiba-tiba ada suara kat belakang Cik S bertanyakan soalan.. tekojut bile tgk Prof V tu tgh pandang... huhu terus rasa palpitation, rasa nak luruh jantung. Jangan la dia tanyer soalan kat Cik S pasal segala macam studies tu...

Lepas tu Prof V bentang pulak a few examples of theories and interventions yang manusia perlu gunakan untuk selesaikan masalah-masalah ni. antara faktor yang menyebabkan kesihatan kanak2 ni jatuh menjunam ialah:- alcohol abuse, drug abuse, criminal behaviour, poor relationship between parents and kids, tekanan dalam kehidupan, sexual abuse dan lain-lain lagi. mmg betullah Al-Maududi kata dalam buku Asas-asas Islam; peredaran alam dan isinya ada ketentuan yang telah Allah tetapkan, yang kita sebut sebagai FITRAH. Dan fitrah semua benda dalam dunia ni adalah ISLAM. Alam dan manusia saling berkaitan dan berjalan seiringan... kedua-duanya akan hidup dalam sejahtera sekirannya mengikut fitrah asal kejadiannya. Tapi, jika sebaliknya yg berlaku, maka akan jadilah haru biru dalam hidup seorang manusia itu.. sepertimana yang berlaku di zaman ini. Jadi, apa theory yang kita nak guna utk membaik pulih keadaan sekarang nih?? Hmmm...

Kadang-kadang manusia ni mmg pelik. Solution tu dah ada kat depan mata tapi kita susah-susah pulak nak pi cari yang lain. Segala penyelesaian dah ada dalam Quran dan sunnah Rasulullah saw. Bukan tak boleh untuk cipta intervention baru atau ambil theory dari ahli-ahli falsafah yang famous, tapi kita mesti ingat MANUAL HIDUP KITA ADALAH AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.

Seorang ilmuan Islam ditanya: “Adakah tuan telah membaca buku Akhlak Jiwa karangan Aristotle?” Jawabnya: “Saya membaca Akhlak Jiwa oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Kita membaca Akhlak Jiwa Aristotle dan ahli falsafah lain dan kita juga membaca Akhlak Jiwa Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Kita dapati ahli falsafah berpenat lelah cuba berkhayal dan mengada-adakan beberapa bentuk gambaran. Ada yang sempurna dan ada yang kurang. Namun kita temui hakikat yang hidup dan tampak. Ia sempurna dan jelas dalam kisah hidup seorang lelaki. Ia menjadi adab umat dan syiar agama yang agong. Itu adalah adab jiwa oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Di kalangan para sahabat, Rasulullah s.a.w. menjadi contoh agung dalam sudut akhlak. Baginda menyemai akhlak yang terpuji kepada para sahabatnya melalui perjalanan hidupnya yang semerbak mewangi, sebelum Baginda menyemai melalui ungkapan berupa hukum dan peringatan. ”

Sebelum lecture habis, take home massages yang diberikan ialah:

"no matter in which field of medicine we'll end up, remember that every patient comes from an environment, which has a great impact on their health".... Cik S setuju :)

Dalam banyak2 theory yang dibentangkan, tak ada satu pon yang boleh diguna pakai untuk semua masalah- 'one size does not fit all'. Tapi Cik S rase ada satu theory dalam dunia ni yang boleh pakai untuk apa jua keadaan, iaitu ISLAM.

Wallahualam.

sometimes

for my first entry, i would love to share this little piece with all of u guys!!


somewhere over the rainbow, way up high
there's a land that i heard of once in a lullaby
somewhere, over the rainbow, skies are blue
and all the dreams that u dare to dream really do come true

someday i wish upon a star and wake up
where the clouds are far behind me
where troubles melt like lemon drops,
away above a chimney tops,
that's where u'll find me~!

~somewhere, over the rainbow, bluebirds fly
birds fly over the rainbow why-then-why can't I?

If happy little bluebirds fly beyond the rainbow,
why, oh, why can't I~???

this lullaby is from return to the OZ(rasanyala..)..i like it.
because it reminds me..that anything is possible.....that all my dreams will come true.
all my troubles will melt away.....and perhaps, most importantly, if bluebirds (vr small bird) can fly that high to the rainbow..
why o why can't I???
i'm getting worried about the exam..but i'll holding tight in here. breathing~! so, no worries ukhti saya..and i wish you all, all the best and may luck and HIs bless will always be with u and with me.
ameen!

Sunday, April 26, 2009

kull sana wa inti tayyiba, suraya! (^_^)

birthday girl in the house!!!!!

SURAYA BINTI MOHAMAD
NO K/P : 860430-29-_ _ _ _

today,ahad(26/04/2009) bertempat di 47, kimian avenue, ahlul naufal meraikan hari ulangtahun kelahiran cik suraya bt mohamad yg ke-23..(yeay!!!dah bleh kawen!!!!)

btw, birthday cik suraya aka soya ni 30/04/2009 sebenarnye bersamaan hari khamis, 5 Jamadil Awal 1430 H tapi kami celebrate in advance slpas U pg td..

ahlul naufal @ suraya's birthday celebration

nyum..nyum...

di kesempatan ini, saye ingin mengambil peluang untuk mengucapkan cik suraya;
  • happy 23rd birthday!!!"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan cik suraya..Allah selamatkan kamu..."Aaaaamiiinnn..
  • May God bless u alwayssss & may all ur dreams and wishes come true...
  • semoga tabah menghadapi hidup ini
  • senyum sokmo :D
  • semoga pertambahan umur selari dgn kematangan jiwa,akal,pemikiran dan yg sewaktu dgnnya
  • ana uhibbuki fillah!
  • ukhuwah fillah abadan abada
"Manusia lahir ke dunia disambut dgn azan, manusia meninggalkan dunia diiringi solat, Alangkah singkatnya hidup ini hanya diantara azan dan solat."


...MUNTALAQ...


::a journey of a thousand miles begins with one step::

assalamualaikum ukhti semua,

semoga dengan kehadiran 'naufalterritory' ini dapat menjadi satu medium untuk ahlul naufal berkongsi cerita yang menambat hati masing-masing dan menjadi satu titik permulaan untuk mengasah bakat terpendam yang sudah lama terbenam di sanubari ukhti sekelian...

::sharing is caring::

sudilah kiranya ukhti meluangkan mase seminit-dua untuk menggerakkan jari jemari menaip keyboard di laptop kesayangan masing-masing menterjemahkan 'hathirah', (lintasan hati) ukhti ke dalam bentuk tersurat yang boleh di tatap, di tenung, di belek, di hayati dan di fahami oleh semua warga yang berminat untuk menaip 'http://naufalterritory.blogspot.com/' di ruangan 'search' anda...;)


sekian sahaja celoteh permulaan pada hari ini..smoge bertemu lagi di lain hari...salam...(^_^)

...in order to have a heart that's strong and will not break easily, it has to be turned upside down, stepped on and able to withstand the heat in a 'kiln'...