Sebagai pembuka kata, Cik S ucapkan AHLAN WA SAHLAN kepada semua... ke ruangan di mana ahlul Naufal berkongsi luahan rasa, cetusan pendapat dan pengalaman harian kami. Mungkin ianya bukanlah suatu pengalaman yang luar biasa, tetapi dalam setiap perkara yang kita jalani dalam kehidupan pasti ada hikmah yang tersembunyi.. yang perlu kita fikir, kaji dan renungi.. bak kata Zabrina A.Bakar, "LIFE IS AN OPEN SECRET". Oleh itu, marilah kita sama2 sentiasa muhasabah setiap perkara yang kita lalui... dengan izin Allah moga kita temui rahsia yang terbentang di depan mata :)Pagi ni Cik S terbangun lambat sikit.. jadi terkalut lah waktu nak pegi lecture kat hospital tu. Alhamdulillah waktu sampai, lecture tak start lagi. yang paling tekejutnya ader 6 orang je yg datang (termasuklah Cik S, Cik D dan Cik M)... tak tau la mana hamba Allah yang lain tu pegi. Kesian jugak tgk Prof V... (ape ntah name die, tak ingat) present slideshow yang berjumlah 121 slides! selama sejam setengah.. Hmm malam tadi telepon mak, mak pesan suruh belajar bersungguh2 ;) Tapi apakan daya, tahap tumpuan pagi ni amatlah pendek, asyik termelayang je waktu presentation tu..
Basically, the presentation was on 'Ecology of Child Health' Macam mana persekitaran boleh memberi pengaruh kepada kesihatan kanak2. banyaklah studies yang dibentangkan... bila Prof V tunjuk a few slides yang ada graph comparing the health outcomes setiap negara, tiba2 Cik S tertarik dgn nama satu 'negara' ni... ISRAEL. Nama tu tak patut ada dalam graph tu.. apatah lagi dalam peta dunia! Mungkin ramai yang dah lupa bahawa tanah tu adalah tanah milik orang-orang Islam... dan nama negara tu ialah PALESTIN, bukannya Israel. Dalam graf tu, tahap kesihatan kanak2 di Palestin sangatlah rendah, jumlah prisoners yang tinggi... secara tak langsung menunjukkan betapa peritnya kehidupan saudara kita di sana, demi mempertahankan tanah suci umat Islam... dan pada masa yang sama, kita di sini masih boleh bergelak ketawa hingga meleleh air mata, makan sampai sebu2 perut, tido pun melebih2 drpd keperluan seorg bayi... Astaghfirullah, betapa alpanya kita... apakah yang telah kita buat hari ini utk membantu mereka? Biarpun untuk ke sana berperang bersama tidak mampu kita lakukan, tapi takkanlah secebis doa kita lokek untuk berikan..?Dalam dok terberangan fikir pasal Palestin, tiba-tiba ada suara kat belakang Cik S bertanyakan soalan.. tekojut bile tgk Prof V tu tgh pandang... huhu terus rasa palpitation, rasa nak luruh jantung. Jangan la dia tanyer soalan kat Cik S pasal segala macam studies tu...
Lepas tu Prof V bentang pulak a few examples of theories and interventions yang manusia perlu gunakan untuk selesaikan masalah-masalah ni. antara faktor yang menyebabkan kesihatan kanak2 ni jatuh menjunam ialah:- alcohol abuse, drug abuse, criminal behaviour, poor relationship between parents and kids, tekanan dalam kehidupan, sexual abuse dan lain-lain lagi. mmg betullah Al-Maududi kata dalam buku Asas-asas Islam; peredaran alam dan isinya ada ketentuan yang telah Allah tetapkan, yang kita sebut sebagai FITRAH. Dan fitrah semua benda dalam dunia ni adalah ISLAM. Alam dan manusia saling berkaitan dan berjalan seiringan... kedua-duanya akan hidup dalam sejahtera sekirannya mengikut fitrah asal kejadiannya. Tapi, jika sebaliknya yg berlaku, maka akan jadilah haru biru dalam hidup seorang manusia itu.. sepertimana yang berlaku di zaman ini. Jadi, apa theory yang kita nak guna utk membaik pulih keadaan sekarang nih?? Hmmm...
Kadang-kadang manusia ni mmg pelik. Solution tu dah ada kat depan mata tapi kita susah-susah pulak nak pi cari yang lain. Segala penyelesaian dah ada dalam Quran dan sunnah Rasulullah saw. Bukan tak boleh untuk cipta intervention baru atau ambil theory dari ahli-ahli falsafah yang famous, tapi kita mesti ingat MANUAL HIDUP KITA ADALAH AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.
Seorang ilmuan Islam ditanya: “Adakah tuan telah membaca buku Akhlak Jiwa karangan Aristotle?” Jawabnya: “Saya membaca Akhlak Jiwa oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Kita membaca Akhlak Jiwa Aristotle dan ahli falsafah lain dan kita juga membaca Akhlak Jiwa Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Kita dapati ahli falsafah berpenat lelah cuba berkhayal dan mengada-adakan beberapa bentuk gambaran. Ada yang sempurna dan ada yang kurang. Namun kita temui hakikat yang hidup dan tampak. Ia sempurna dan jelas dalam kisah hidup seorang lelaki. Ia menjadi adab umat dan syiar agama yang agong. Itu adalah adab jiwa oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Di kalangan para sahabat, Rasulullah s.a.w. menjadi contoh agung dalam sudut akhlak. Baginda menyemai akhlak yang terpuji kepada para sahabatnya melalui perjalanan hidupnya yang semerbak mewangi, sebelum Baginda menyemai melalui ungkapan berupa hukum dan peringatan. ”
Sebelum lecture habis, take home massages yang diberikan ialah:
"no matter in which field of medicine we'll end up, remember that every patient comes from an environment, which has a great impact on their health".... Cik S setuju :)
Dalam banyak2 theory yang dibentangkan, tak ada satu pon yang boleh diguna pakai untuk semua masalah- 'one size does not fit all'. Tapi Cik S rase ada satu theory dalam dunia ni yang boleh pakai untuk apa jua keadaan, iaitu ISLAM.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment